Kek Strawberry

Kek Strawberry ulang tahun perkahwinan yang pertama… ;)

Tapi stroberi lak takde… kite letak rapberry ngan blackberry je…

Tadaaa…. heheh. Excited nak tunjuk kat suami tersayang ;)

Jom mamam…

Kek strawberry ni kite guna resipi dari sifu CM Gebu… minta izin kopipes resipi kat sini ye CM! Mekacihhhh !!! :)

Resipi Kek Strawberry

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate-kite takde, tak letak
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco

Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filling (kite ganti dengan jem strawberry je)
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice ( kite guna badam hiris)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…Selamat mencuba..

4 Responses to “Kek Strawberry”


  1. 1 ummi November 30, 2009 at 6:36 am

    Emmm..sedapkan kek stoberi CMG nih..akak pun dah try hari tuh..lembut dan sedap! Tp bila letak topping meleleh cam Ijan nih..lg tangkap leleh lerrrr…adeeehh, xleh tahan tgk…

  2. 2 sharena November 30, 2009 at 8:53 am

    sejibik cam jual kt kedai kek..mmg marbeles lahhh :P

  3. 3 kakintan December 1, 2009 at 3:04 am

    aduhai bestnya kek ni…terliur gak ni

  4. 4 Azura December 4, 2009 at 8:44 am

    Salam ijan, happy anniversary buat ijan & HB…cantik tul kek tuh, toppingnya ijan buh apa ye..tingin lak nk buat :)


Leave a Reply




About

Welcome To Blog Resipi! It's about food and so much more! Feel free to comment and give your suggestions.

I've been posting dearly awards and gifts from all of you at Candies. Thanks very much ya.

Please visit my other blog too. MrMrsFaiz is daily blog about us living in Kuopio, Finland.

For those living in Bukit Mertajam, you are welcome to our family's Spread Link Cyber Cafe. It is opposite of Kolej Komuniti Bukit Mertajam.

Last but not least, come and visit YouthSays. You could earn some money by answering surveys. :)

Have a very lovely day!

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Flickr Photos

08/12/2009

Mikael With Daddy

More Photos

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kunjungan

  • 119,885 pelawat

wordpress counter