Pindah Rumah Baru

Assalamualaikum & salam sejahtera kawan-kawan,

Kami buat renovation cikit kat Blogresipi. Perbesar dapur cikit, tambah-tambah kabinet. heheh… semua-semua masih sama, cuma alamat je bertukar cikit. Sudi-sudikan lah kawan-kawan update alamat kami yang baru ye, iaitu:

http://blogresipi.com

and join our Mika Perfumes Page too!๐Ÿ˜€

Mekacihhh!!! kalo ade semekut raya lebih bawak-bawak la sama. Kita jumpa kat sana ye๐Ÿ˜‰

Tak lupa, kami nak ucapkan setinggi tinggi terima kasih pada kawan-kawan yang sudi selalu datang ke dapur kecil kami. Kami harap kawan-kawan sudi juga melawat kami di alamat baru nanti ye… kami alu-alukan kedatangan semua:)

Candle Light Dinner

Semalam adalah hari yang sangat istimewa… Mikael berjaya aturkan candle light dinner sebagai hadiah anniversary Daddy dan Mama.

Ada scallops

Ada Lamb Steak

Dan.. ade strawberry cake…:)

Tapi Mikael pening la nak aturkan macamana..

Last last Mikael letak je semua atas meja… heheh

Ok kawan-kawan… Mikael kena pegi jadi waiter ni. Jumpa lagiii:)

Kek Strawberry

Kek Strawberry ulang tahun perkahwinan yang pertama…๐Ÿ˜‰

Tapi stroberi lak takde… kite letak rapberry ngan blackberry je…

Tadaaa…. heheh. Excited nak tunjuk kat suami tersayang๐Ÿ˜‰

Jom mamam…

Kek strawberry ni kite guna resipi dari sifu CM Gebu… minta izin kopipes resipi kat sini ye CM! Mekacihhhh !!!:)

Resipi Kek Strawberry

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate-kite takde, tak letak
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco

Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filling (kite ganti dengan jem strawberry je)
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice ( kite guna badam hiris)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…Selamat mencuba..

Ulangtahun Pertama

Hari ni, 28 Nov 2009 genaplah setahun umur perkahwinan kami.Cepatnya masa berlalu.. Kehadiran Mikael telah menambah lagi seri rumah tangga ini. Kami berdoa agar dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin…:)

Masih malu meow meow. heheh..๐Ÿ˜‰
Mase ni Mikael dah ade ke Mama? hehehehe๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Last but not least, hadiah dari suami tercinta… thank you so much my love!!! mmuahh!

p.s Dah dah.. jom makan kek!

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan dan keluarga kat Malaysia.

Hari ni sempat menunaikan solat sunat aidiladha. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Mikael pun seronok juga dapat kenal-kenal dengan kawan-kawan baru. :D

Mr Faiz bersama-sama kawan-kawan dari Pakistan dan India. Mujur semua lebih-kurang sama tinggi jer. :)

Like Father Like Son

P.s Cerita hari tak masak.
Hobi baru, semua semua tidur di ruang tamu. TV pulak yg tengok diorang๐Ÿ˜‰

Waktu ni Mama sedang menikmati vanilla coffee yang ditambah tambah krim dan segala macam kolestrol. Sedap tak terkata. kihkihkih

Tidur kejap je. Pastu bangun main-main sebelum sambung tidur semula๐Ÿ˜€

ZZZZzzzzzzzzzzzzz………………

Tak lupa juga, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan yang akan menyambutnya esok. Makan daging korban jangan lupa kami di sini:)

Puding Roti Marble

Jom makan puding roti marble! Resipi dari Kak Hana Sensei di Kanazawa sinun. Memang udah lamo terliur baru dpt merasa. Mekasihh banyak2 Kak Hana kongsi resipi. Mintak izin letak resipi kat sini ye… mmuasss!

Maap la ado jerawat batu pulakk!๐Ÿ˜‰

Kite tambah kaler hijau cikit. Memang best!!!

Resipi Puding Roti Marble

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula – bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me’marble’kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

RSS Blogresipi

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

About

Welcome To Blog Resipi! It's about food and so much more! Feel free to comment and give your suggestions.

I've been posting dearly awards and gifts from all of you at Candies. Thanks very much ya.

Please visit my other blog too. MrMrsFaiz is daily blog about us living in Kuopio, Finland.

For those living in Bukit Mertajam, you are welcome to our family's Spread Link Cyber Cafe. It is opposite of Kolej Komuniti Bukit Mertajam.

Last but not least, come and visit YouthSays. You could earn some money by answering surveys. :)

Have a very lovely day!

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 28 other followers

Flickr Photos

08/12/2009

Mikael With Daddy

More Photos
May 2016
M T W T F S S
« Dec    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kunjungan

  • 225,517 pelawat
wordpress counter

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers